MENGENALI
KAMERA DSLR SECARA LEBIH MENDALAM
Definisi DSLR
DSLR adalah ringkasan kepada
‘Digital Single-Lens Reflex’ atau dalam Bahasa Melayunya boleh diterjemahkan
sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah
wujud sejak zaman kamera analog lagi. Pada ketika itu, ianya dikenali dengan
nama kamera SLR.
Cara kamera DSLR berfungsi
Seperti namanya, kamera DSLR adalah
kamera yang berfungsi dengan menggunakan lensa tunggal. Lensa tunggal ini
digunakan untuk melihat dan merakam gambar. Sistem ini berbeza dengan sistem
kamera TLR contohnya, dimana sistem kamera TLR menggunakan 2 lensa. Satu lensa
hanya untuk merakam gambar manakala satu lagi lensa lain digunakan hanya untuk
melihat.
Gambar keratan rentas sebuah kamera
DSLR (Foto oleh Hanabi123, Wikimedia Commons)
Pada kamera DSLR, reflex mirror
(cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam
kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat
pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu
membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.
Bahagian-bahagian penting pada
kamera DSLR
Cara bagaimana sistem DSLR berfungsi
Cara dan langkah-langkah kamera DSLR
berfungsi:
1) Ketika kita melihat melalui
viewfinder, aperture pada lensa dibuka dengan keluasan maksima walaupun pada
ketika itu kita melaraskan aperture pada bukaan kecil. Aperture besar digunakan
ketika kita sedang melihat melalui viewfinder bagi membolehkan imej yang
dilihat adalah lebih cerah. Imej yang masuk melalui lensa seterusnya
dipantulkan oleh reflex mirror menuju ke pentaprism. Pentaprism seterusnya
membalikkan lagi imej beberapa kali sehinggalah akhirnya imej dapat dilihat
pada viewfinder. Pada ketika ini, sensor kamera tidak menerima cahaya atau imej
kerana shutter masih ditutup
2) Apabila punat ditekan untuk
merakam gambar, aperture akan dilaraskan kepada saiz bukaan yang telah kita
tetapkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, reflex mirror akan dinaikkan ke
atas bagi membolehkan cahaya masuk terus menuju ke bahagian belakang kamera
sebelum cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah reflex mirror ini dinaikkan,
kita tidak lagi dapat melihat apa-apa imej melalui viewfinder
3) Shutter dibuka lalu cahaya akan
didedahkan kepada sensor bagi merakam gambar
4) Setelah shutter dibuka dalam
tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup kembali. Setelah
itu, reflex mirror akan diturunkan semula, aperture akan dibuka semula ke saiz
bukaan maksima dan kita akan dapat melihat semula imej melalui viewfinder.
Sistem kamera DSLR boleh dikatakan
sistem yang rumit dan canggih jika dibandingkan dengan sistem kamera yang lain.
Oleh sebab itulah sistem kamera DSLR dianggap sebagai kamera yang hampir
sempurna, serba boleh dan mudah digunakan. Diantara kelebihan kamera DSLR
berbanding kamera compact adalah:
1) Lensa boleh ditukar ganti. Sistem
kamera DSLR selalunya menyediakan puluhan jenis lensa berbeza untuk digunakan
bagi berbagai tujuan.
2) Sensor bersaiz lebih besar.
Sensor lebih besar bermakna kualiti imej yang dihasilkan adalah lebih baik dari
segi resolusi gambar.
3) Kendalian lebih cepat. Kamera
DSLR membolehkan kawalan yang lebih cepat dilakukan untuk auto focus, manual
aperture, manual shutter dan sebagainya
Diantara kelemahan kamera DSLR
berbanding kamera compact adalah:
1) Harga kamera dan lensa untuk
kamera DSLR adalah lebih mahal
2) Kamera DSLR adalah lebih berat
berbanding kamera compact. Penggunaan dalam tempoh masa yang lama menggunakan
banyak tenaga.
3) Kamera DSLR dan lensanya bersaiz
besar. Faktor ini menyukarkan rakaman foto secara kandid di kalangan subjek
yang tidak dikenali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar